Jumaat, 30 Mac 2012

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH DAN SIJIL PENYERTAAN PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO 5S PDKS

PDKS Mac 2012 - Telah berlangsung satu Majlis Penyampaian Hadiah Dan Sijil Penyertaan Pertandingan Mencipta Logo Rasmi 5S bagi Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Selangor. Majlis telah disempurnakan oleh Ybhg. Dato' Hj Mohd Misri bin Hj Idris, Tuan Pegawai Daerah Kuala Selangor.





Khamis, 22 Mac 2012

KURSUS LANJUTAN AUDIT DALAMAN PERSEKITARAN BERKUALITI 5S

PDKS, Mac 2012- Satu Kursus Lanjutan Audit Dalaman Persekitaran Berkualiti 5S PDKS telah diadakan pada 14-15 Mac 2012 bertempat di Bilik Gerakan Tingkat 3, Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Selangor. Sesi kali ini dihadiri oleh para Juruaudit yang telah dipilih dari setiap zon. Berikut adalah beberapa foto yang sempat di rakam sepanjang program berlangsung.









Rabu, 7 Mac 2012

GOTONG-ROYONG 5S DAN GOTONG-ROYONG SEMPENA KEMPEN MENCEGAH DENGGI

Makluman, satu aktiviti gotong-royong sempena 5S dan Kempen Mencegah Denggi akan diadakan pada :-

                                       Tarikh : 08 Mac 2012 (Khamis)
                                       Masa : 08:00 pagi
                                     Tempat : Di Unit / Bahgian masing-masing
                                   
Sehubungan dengan itu, tuan/puan adalah DIWAJIBKAN hadir.

Sekian terima kasih

Selasa, 6 Mac 2012

KURSUS LANJUTAN AUDIT DALAMAN PERSEKITARAN BERKUALITI 5S

Adalah dimaklumkan bahawa Kursus Lanjutan Audit Dalaman Persekitran Berkualiti 5S akan diadakan pada :-

                                         Tarikh : 14 - 15 Mac 2012 (Rabu & Khamis)
                                         Masa   : 9:00 pagi - 5:00 petang
                                         Tempat : Bilik Gerakan, Tingkat 3, PDKS
                                         Penceramah : Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)

Sehubungan dengan itu, dipohon kerjasama tuan/puan yang telah dipilih untuk menghadiri kursus tersebut.

Sekian, terima kasih.

MESYUARAT J/K AUDIT DALAMAN PERSEKITARAN BERKUALITI 5S PDKS Bil 2/2012

Makluman, satu mesyuarat Jawatankuasa Audit Dalaman Persekitaran Berkualiti 5S PDKS  akan diadakan pada :-

                                    Tarikh : 06 Mac 2012 (Selasa)
                                    Masa    : 9:30 pagi
                                    Tempat : Bilik Gerakan, Tingkat 3, PDKS
                                    Pengerusi : Pengerusi Jawatankuasa Audit Dalaman 5S

Sehubungan dengan itu, tuan/puan adalah dijemput hadir.

Sekian terima kasih

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMILIHAN LOGO 5S

Makluman, satu mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Logo 5S Induk akan diadakan pada :-

           Tarikh  : 06 Mac 2012 (Selasa)
           Masa    : 2 :30 Petang
           Tempat : Bilik Gerakan, Tingkat 3, PDKS
           Pengerusi : Tuan Pegawai Daerah

Sehubungan dengan itu, tuan/puan adalah dijemput hadir.

Sekian terima kasih

Khamis, 1 Mac 2012

MESYUARAT J/K AUDIT DALAMAN 5S PDKS Bil 1/2012

Kuala Selangor -  Februari 2012, Satu mesyuarat Jawatankuasa Audit Dalaman Persekitaran Berkualiti 5S PDKS telah diadakan di Bilik Gerakan, Tingkat 3, PDKS. Mesyuarat telah di pengerusikan oleh En Khairul Azar bin Omar, Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran) selaku Pengerusi Jawatankuasa Audit Dalaman 5S.
     Diantara perkara yang telah dibincangkan ialah :-
  1. Pengesahan perlantikan juruaudit
  2. Pengendalian Audit Kualiti dan Konsep PDCA
  3. Integriti Juruaudit
  4. Aspek Penilaian dalam Pensijilan 5S
  5. Kriteria pemarkahan Audit Dalaman
  6. Info Juruaudit - Skala pemarkahan
  7. Perancangan untuk perlaksanaan audit
  8. Persedian sebelum, semasa dan selepas audit
  9. Makluman keputusan audit
  10. Penyediaan laporan audit dan analisis
  11. Pembahagian tugasan kumpulan
  12. Skuad lensa
Berikut foto-foto sekitar mesyuarat berlangsung.