Majlis Pelancaran Amalan Persekitaran Kerja Berkualiti (5S) telah di sempurnakan.
Khamis, 16 Februari 2012
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR
Kuala Selangor - Mei 2011, Satu lawatan sambil belajar telah berjaya
dilaksanakan, kali ini destinasi yang dipilih adalah "Jiran" rapat kepada PDKS iaitu Majlis Daerah Kuala Selangor. Rombongan telah disertai oleh wakil bagi
setiap zon dan jawatankuasa yang telah dilantik. Berikut adalah beberapa foto yang sempat dirakam untuk tatapan dan juga panduan kepada semua.
Rabu, 15 Februari 2012
AKTIVITI GOTONG - ROYONG PERDANA
Sebelum bermulanya majlis pelancaran Amalan Persekitaran Kerja Berkualiti (5S). Satu acara aktiviti gotong-royong perdana telah diadakan.
MAKSUD SINGKATAN 5S
5S merupakan rujukan kepada satu konsep pengurusan dalam bahasa Jepun yang membawa maksud:
- Seiri (整理): kerapian, penyusunan. Merujuk kepada tabiat menyisih semua peralatan, bahan dan lain-lain di tempat kerja dan menyimpan benda yang perlu sahaja. Benda-benda lain disimpan atau dibuang. Ini mengurangkan bahaya dan semak yang mengganggu kerja yang produktif.
- Seiton (整頓): keteraturan. Fokus kepada perlunya tempat kerja yang teratur. Peralatan dan bahan mestilah disusun secara sistematik untuk capaian mudah dan cekap. Perlu ada tempat untuk setiap benda, dan setiap benda mesti berada di tempatnya.
- Seiso (清掃): kebersihan. Menunjukkan kepada perlunya tempat yang kerja yang bersih selain kemas. Di akhir setiap syif, tempat kerja dibersihkan dan setiap benda diletakkan pada tempatnya.
- Seiketsu (清潔): piawai. Membolehkan pengawalan dan ketekalan. Piawai pengemasan asas digunakan di setiap tempat. Setiap orang tahu tanggungjawab sendiri. Kerja pengemasan adalah sebahagian dari rutin kerja.
- Shitsuke (躾): mengekalkan disiplin. Merujuk kepada menjaga taraf dan memastikan tempat dalam keadaan selamat dan tersusun setiap hari.
Selasa, 14 Februari 2012
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MBSA
Kuala Selangor - April 2011, Satu lawatan sambil belajar telah berjaya dilaksanakan, destinasi yang dipilih sebagai langkah permulaan adalah di Majlis Bandaraya Shah Alam, Jabatan Kewangan. Rombongan telah disertai oleh wakil bagi setiap zon dan jawatankuasa yang telah dilantik. Berikut adalah beberapa foto yang sempat dirakam untuk tatapan dan juga panduan kepada semua.
Kursus Amalan Persekitaran Kerja Yang Berkualiti (5S)
Pada Mac 2011 telah diadakan satu Kursus Amalan Persekitaran Kerja Yang Berkualiti (5S) di Bilik Gerakan Tingkat 3, Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Selangor. Sebagai titik - tolak permulaan amalan pembudayaan 5S.
Isnin, 6 Februari 2012
Langgan:
Catatan (Atom)










