Rabu, 15 Februari 2012

MAKSUD SINGKATAN 5S


5S merupakan rujukan kepada satu konsep pengurusan dalam bahasa Jepun yang membawa maksud:
  • Seiri (整理): kerapian, penyusunan. Merujuk kepada tabiat menyisih semua peralatan, bahan dan lain-lain di tempat kerja dan menyimpan benda yang perlu sahaja. Benda-benda lain disimpan atau dibuang. Ini mengurangkan bahaya dan semak yang mengganggu kerja yang produktif.
  • Seiton (整頓): keteraturan. Fokus kepada perlunya tempat kerja yang teratur. Peralatan dan bahan mestilah disusun secara sistematik untuk capaian mudah dan cekap. Perlu ada tempat untuk setiap benda, dan setiap benda mesti berada di tempatnya.
  • Seiso (清掃): kebersihan. Menunjukkan kepada perlunya tempat yang kerja yang bersih selain kemas. Di akhir setiap syif, tempat kerja dibersihkan dan setiap benda diletakkan pada tempatnya.
  • Seiketsu (清潔): piawai. Membolehkan pengawalan dan ketekalan. Piawai pengemasan asas digunakan di setiap tempat. Setiap orang tahu tanggungjawab sendiri. Kerja pengemasan adalah sebahagian dari rutin kerja.
  • Shitsuke (躾): mengekalkan disiplin. Merujuk kepada menjaga taraf dan memastikan tempat dalam keadaan selamat dan tersusun setiap hari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kaseh... :)